Wednesday, November 6, 2019

TASIK SIME DARBY UUM


TASIK SIME DARBY
                Tasik Sime Darby pada mulanya dinamakan sebagai Tasik Guthrie sempena nama Dewan Penginapan Pelajar Guthrie yang berada di sebelah tasik itu atau kini dikenali sebagai Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby. Persekitaran yang indah pada waktu petang menjadi tarikan para pelajar untuk berjogging dan berjalan-jalan sambil menghirup udara yang segar. Sejak dulu lagi aktiviti kayak sangat terkenal dan diadakan pada setiap petang untuk memberi peluang kepada para pelajar UUM untuk pengalaman berkayak. Malah, Kelab Kenu UUM menyediakan pelbagai aktiviti dan latihan bagi pelajar yang berminat untuk belaajr berkayak. Tasik Sime Darby turut menjadi daya tarikan kepada orang luar yang mengunjungi UUM sempena “DISCOVER UUM 2016”.
                Pelbagai program telah dijalankan di tasik ini seperti “ROUND THE LAKE WITH KAYAK” yang diadakan pada 25 Mei 2017. Program ini diadakan oleh Jabatan Bendahari dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) yang diketuai oleh Pn. Mazidah Samsuddin. Selain itu, program “MENGAIL SAMBIL SHOPPING” telah diadakan oleh Jabatan Bendahari pada 24 September 2016.


PUNCAK VISTA UUM


 Puncak Vista UUM Universiti Utara Malaysia yang bertapak di Negeri Kedah merupakan sebuah univeriti yang berada di kawasan hutan . Oleh kerana kedudukanya yang terletak di kawasan hutan terdapat beberapa tempat yang menarik dan amat sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong dan hutan UUM juga boleh dijadikan sebagai kawasan penyelidikan. Antara kawasan menarik yang terdapat di UUM ialah Puncak Vista . Puncak Vista merupakan sebuah tempat yang mana sangat sesuai bagi pendaki bukit yang dahagakan cabaran. Selain itu, melalui aktiviti pendakian ini bukan sahaja mampu melihat kemampuan diri malahan dapat mengeratkan hubungan sesama rakan-rakan dan orang ramai. Keadaan puncak vista yang masih lagi kekal seperti dahulu iaitu masih lagi banyak tumbuhan hijau dan semestinya udara yang disedut masih lagi segar. Kedudukan Puncak Vista yang berada dalam UUM membolehkan pengunjung melihat secara keseluruhan kawasan UUM. Puncak vista terletak di di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Maybank. Pncak Vista mempunyai ketinggian 90 meter dari aras laut yang mana mampu memberikan cabaran kepada pendaki – pendaki bukit yang dahagakan cabaran. 

VARSITY MALL UUM



VARSITY MALL UUM
Varsity Mall adalah mall yang utama di Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, kami sebagai pelajar di UUM, kami berasa Varsity Mall boleh menjadi lebih baik. Sebagai contohnya, Varsity Mall boleh menambah bank selain daripada Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Penambahan bank selain daripada 2 bank adalah untuk lebih memudahkan pelajar menjalankan urusan kewangan. Kami bercadangkan bahawa boleh menambah bank-bank seperti Maybank dan Hong Leong Bank. Penambahan atm mesin di Varsity Mall juga memerlukan.
Selain itu, kedai di Varsity Mall juga boleh bertambah. Kedai-kedai seperti kedai jualan peralatan sukan dan kedai baju formal adalah boleh ditambahkan. Kedai yang disebutkan  merupakan kedai yang tidak wujud di Varsity Mall.
Kesimpulanya, Varsity Mall yang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian pelajar UUM boleh berkembang lebih baik. Kami berharap cadangan yang kami cadangkan boleh menjadi kenyataan pada masa hadapan supaya dapat mempermudahkan lagi pelajar di UUM.

Keperluan Harian
Keperluan Harian adalah amat penting kepada pelajar di UUM. Jadi Varsity Mall juga mempunyai kedai keperluan harian bagi pelajar. Hal ini telah membawa banyak kemudahan kepada pelajar.
Harga yang jual di mart ini juga same dengan hypermarket di luar dan barang yang dijual adalah sangat lengkap boleh memenuhi keperluan pelajar. Jadi pelajar tidak perlu risau dengan pembelian keperluan harian.
Coop Mart seperti satu hypermarket yang kecil iaitu terdapat banyak keperluan harian. Pelajar boleh membeli berdasarkan jenama yang gemar.

Bank
Bank memainkan peranan yang penting bagi mahasiswa dan mahasiswi di UUM. Kewujudan bank-bank bukan hanya memanfaatkan pelajar di UUM, ia juga memudahkan staf-staf yang bekerja di UUM. Kebanyakan mereka menggunakan bank untuk menerima dan mengeluarkan deposit simpanan, menulis dan menunaikan cek, menjalankan transition, buka akaun yang baru dan sebagainya.
Di Varsity Mall, terdapat 2 bank yang penting. 2 bank yang penting ialah Bank Islam dan Bank Simpanan National. Bank Islam merupakan bank yang sangat penting kerana segala bayaran adalah melalui bank ini. Contohnya, bayar yuran pelajaran dan mendapatkan pinjaman PTPTN. Bank Simpanan National juga membenarkan segala urusan kewangan.


Kedai Perkakas IT
Pada zaman kini, kehidupan kita tidak boleh mengecualikan teknologi maklumat. Betapa pentingnya bagi pelajar pengajian tinggi. Teknologi maklumat membantu pelajar mendapatkan maklumat pelajaran melalui internet. Untuk mendapatkan maklumat, pelajar memerlukan perkakas IT.
Varsity Mall dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah untuk mendapatkan perkakas IT. Varsity Mall terdapat 2-3 kedai yang menjual perkakas IT. Perkakas IT yang biasa boleh didapati ialah mouse, pendrive, hardisk, earphone, printer dan sebagainya. Di sanmping itu, kedai perkakas IT juga menyediakan perkhidmatan seperti memperbaiki printer dan  formating.




PUSAT EKUIN UUM



PUSAT EKUIN UUM

Pusat Ekuin UUM telah mula beroperasi sejak tahun 2008 dan dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar mulai Ogos 2014. Untuk memastikan peningkatan prestasi operasi Pusat Ekuin UUM, UUM telah melantik tiga orang jurulatih profesional yang berkelayakan bagi mengendalikan aktiviti berkuda. Selain itu, Pusat Ekuin juga memiliki 2 buah kereta kuda bagi aktiviti rekreasi di sekitar kampus dan juga untuk pakej-pakej aktiviti luar. UUM mempunyai 3 jenis baka kuda yang terdapat di sini iaitu Thoroughbred, Polo dan Pony. Pusat Ekuin juga dilengkapi 10 ekor kuda yang terdiri daripada 3 baka tersebut dan mempunyai nama mereka yang tersendiri. Antaranya ialah, Tiger Isabella, Prince, Speedy, Alang, Time Forus, Young Jemmy, Pinarello Dmaria, Juan Pablo, Martina dan Romeo.
Antara kemudahan yang disediakan disini adalah surau, tandas awam, arena dan barang-barang berkuda. Program-program seperti sunnah berkuda, kemahiran asas penjagaan kuda.kelas menunggang kuda dan kursus memanah berkuda dapat dijalankan disini. Kadar bayaran bagi kelas asas menunggang kuda adalah sebanyak RM200 bagi pelajar. Bagi kakitangan UUM pula akan dikenakan sebanyak RM400 manakala bagi orang awam pula adalah sebanyak RMM500. Kelas asas menunggang kuda adalah sebanyak lapan sesi dan setiap sesi adalah selama 1 jam.
Salah satu aktiviti yang dijalankan di sini adalah sesi ‘Out Ride’ dan sering dijalankan apabila menerima tempahan. Pengunjung dapat menunggang kuda hingga ke Hutan Sintok atau Bukit Kachi. Kadar bayaran bagi sesi ‘Out Ride’ adalah sebanyak RM 70 bagi seekor kuda. Selain daripada itu, turut dijalankan juga sesi bergambar bersama kuda. Sesi ini dibuka pada setiap hari kepada para pengatin atau sesiapa sahaja yang ingin bergambar bersama kuda. Sesi ini dikenakan bayaran sebanyak RM 100 bagi satu jam. Sesi ‘Joy Ride’ pula dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi manakala pada waktu petang pula dari pukul 3.30 hingga 6,30 petang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5 satu pusingan. Jom mengisi masa lapang anda di Pusat Ekuin UUM.

TAMAN BURUNG UNTA



TAMAN BURUNG UNTA


UUM kini menjadi tarikan pelajar dan orang awam untuk melihat keindahan flora dan fauna. UUM mempunyai fenomena semula jadi yang cantik dan indah. Keindahan flora dan fauna di UUM bukan sahaja dapat menceriakan kawasan kampus, malah dapat menarik minat pelajar untuk mengambil gambar di sekeliling kawasan kampus yang penuh dengan pelbagai jenis flora dan fauna.
​Burung unta merupakan salah satu spesies burung yang terbesar di dunia ini dengan mempunyai ketinggian setinggi 2.5 meter. Burung unta juga mempunyai leher yang panjang. Walaupun burung unta merupakan spesies burung tetapi ia merupakan burung yang tidak dapat terbang. Jangka hayat untuk burung unta adalah 40 tahun. Burung unta adalah haiwan yang berdarah panas dan seluruh badannya diselubungi dengan bulu. Bulu burung unta selalunya digunakan sebagai hiasan untuk topi wanita dan topeng muka. Burung unta juga merupakan spesies burung yang dapat ditunggang oleh manusia. Burung unta adalah burung yang menghasilkan telur dan saiz telurnya adalah telur yang terbesar dalam kalangan spesies burung. Setiap kali, burung unta akan melahirkan kira-kira 15 hingga 20 biji sekali. Kulit telur burung unta juga digunakan untuk menghasilkan kraftangan dan hiasan. Daging burung unta juga dimakan oleh manusia. Daging burung unta disukai orang ramai kerana rasa dagingnya yang tidak berlemak. Minyak burung unta juga dapat dihasilkan dengan menggunakan pati lemak burung unta dan minyak zaiton dan diproseskan melalui cara teknologi tertentu. Minyak burung unta adalah minyak yang mengandungi pelbagai omega dan juga mudah diserap.
   Terdapat enam ekor Burung Unta di Taman Burung Unta UUM. Burung Unta merupakan burung terbesar di dunia yang masih hidup. Dengan ketinggiannya sehingga 2.5 meter (lapan kaki). Burung Unta digunakan oleh sebahagian orang Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Tiada bayaran masuk dikenakan untuk memasuki ladang unta UUM. Burung unta yang tinggal dalam UUM baru berusia dua tahun hingga enam tahun dan mereka merupakan binatang daging baka Burung unta adalah burung yang dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu cuaca dengan pantas walaupun bersuhu tinggi. Kini, burung unta juga dapat ditemui di Universiti Utara Malaysia. Ladang burung unta terletak berhampiran Dewan Penginapan Pelajar MAS. Pengunjung boleh melawat ke ladang burung unta dengan mengikut jalan Dewan Penginapan Pelajar MAS dan berjalan kaki untuk mengunjungi ke ladang burung unta. Pada November 2013, terdapat enam ekor burung unta, iaitu dua jantan burung unta dan empat ekor betina burung unta. Pada peringkat awal,pembukaan ladang burung unta UUM burung unta yang tinggal dalam UUM merupakan burung unta yang berusia 2 hingga 6 tahun. Makanan yang dimakan mereka termasuklah pellet bram dan rumput. Taman Burung Unta ini wujud sejak tahun 2013, November dan dikawal selia oleh Unit Park & Recreation UUM.

HIDDEN LAKE


'Hidden Lake' merupakan sebuah tasik semulajadi yang wujud di dalam kawasan universiti. Tasik ini diberi nama 'Hidden lake' disebabkan oleh kedudukannya yang tersembunyi daripada orang awam. Tasik ini juga terletak di tengah-tengah hutan Sintok dan terlindung dengan bukit-bukau. Tasik semulajadi atau tasik buatan kebiasaannya dijumpai di kawasan tanah landai dan berhampiran dengan anak sungai. Namun, lain pula bagi 'Hidden Lake'. Tasik ini terletak di atas bukit dan jauh daripada anak sungai atau sumber air. Airnya yang jernih dan bersih ditambah pula dengan pemandangan kayu-kayan yang telah mati menambahkan lagi keunikan tasik ini.

Tasik ini suatu masa dahulu tidak berapa dikenali oleh masyarakat setempat bahkan warga UUM sendiri majoritinya tidak sedar akan kewujudannya. Namun, semenjak tahun 2016, tasik ini telah mula menjadi tumpuan orang ramai dan jumlah pengunjung yang berkunjung ke tasik tersebut semkain meningkat setiap tahun.


GO-KART UUM


GO-KART UUM
Universiti Utara Malaysia atau lebih dikenali dengan nama UUM merupakan universiti yang pertama di dunia yang mempunyai litar Go-Kart sendiri pada tahun 2006. Litar Go-Kart di UUM dikatakan bertaraf dunia kerana pembinaannya yang unik dan menarik dan ianya merupakan litar keempat yang dibina melawan arah jam di dunia. Selain itu, litar Go-Kart UUM turut mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Automobil Malaysia (FIA) kerana mencapai tahap keselamatan yang ditetapkan oleh FIA. Pelbagai pertandingan sama ada peringkat tempatan dan antarabangsa telah dianjurkan di litar ini.
Litar Go-Kart ini dirasmikan oleh bekas Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi. Menurut beliau litar ini juga disediakan paddock iaitu tempat menyimpan go-kart, bilik perubatan dan bilik teknikal yang dilengkapi peralatan canggih dan moden setanding dengan litar Go-Kart antarabangsa. Panjang litar Go Kart ini melebihi 1 kilometer dan pembinaanya di atas tapak yang mempunyai keluasan 2.4 hektar. Litar ini mula dibina pada tahun 2004 kemudian siap dibina sepenuhnya pada tahun 2006.
Litar Go-Kart ini beroperasi pada setiap hari ahad hingga khamis sahaja dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Litar Go-Kart ini akan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu. Bagi pelajar yang mempunyai kelapangan masa dan ingin melepaskan stres, mahsiswa dan mahasiswi di UUM boleh datang ke litar Go-Kart ini dengan caj bayaran sebanyak RM 5 untuk lima pusingan dan caj bayaran sebanyak RM 30 untuk 5 pusingan juga dikenakan bagi orang luar yang berminat untuk melibatkan diri dalam sukan lasak ini. Bagi anda yang buat pertama kalinya mencuba sukan lasak ini yang tidak tahu untuk mengendalikan kereta Go-Kart, anda tidak perlu risau kerana akan ada staf yang bertugas yang akan memberi tunjuk ajar kepada anda berkaitan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa memandu kereta Go-Kart, cara pemanduan kereta Go-Kart dan sebagainya.
Amatlah berbaloi bagi sesiapa yang ingin menceburi sukan lasak ini untuk datang bermain Go-Kart di UUM kerana harga yang ditawarkan begitu murah sekali dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di litar Go-Kart di tempat lain. Contohnya litar Go-Kart yang terdapat di Langkawi yang menawarkan harga sebanyak RM 50 bagi rakyat Malaysia dan hanya bole bermain selama 10 minit sahaja. Jadi tunggu apa lagi datanglah ke UUM untuk mengambil pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk bermain sukan lasak ini iaitu Go-Kart.