Puncak Vista UUM
Universiti Utara Malaysia yang bertapak di Negeri Kedah merupakan sebuah
univeriti yang berada di kawasan hutan . Oleh kerana kedudukanya yang terletak
di kawasan hutan terdapat beberapa tempat yang menarik dan amat sesuai untuk
dikunjungi oleh pelancong dan hutan UUM juga boleh dijadikan sebagai kawasan
penyelidikan. Antara kawasan menarik yang terdapat di UUM ialah Puncak Vista .
Puncak Vista merupakan sebuah tempat yang mana sangat sesuai bagi pendaki bukit
yang dahagakan cabaran. Selain itu, melalui aktiviti pendakian ini bukan sahaja
mampu melihat kemampuan diri malahan dapat mengeratkan hubungan sesama
rakan-rakan dan orang ramai. Keadaan puncak vista yang masih lagi kekal seperti
dahulu iaitu masih lagi banyak tumbuhan hijau dan semestinya udara yang disedut
masih lagi segar. Kedudukan Puncak Vista yang berada dalam UUM membolehkan pengunjung
melihat secara keseluruhan kawasan UUM. Puncak vista terletak di di Dewan
Penginapan Pelajar (DPP) Maybank. Pncak Vista mempunyai ketinggian 90 meter
dari aras laut yang mana mampu memberikan cabaran kepada pendaki – pendaki
bukit yang dahagakan cabaran.
Blog ini sangat membantu meningkatkan pengetahuan tentangw tempat mnarik di uum
ReplyDelete