TASIK
SIME DARBY
Tasik
Sime Darby pada mulanya dinamakan sebagai Tasik Guthrie sempena nama Dewan Penginapan
Pelajar Guthrie yang berada di sebelah tasik itu atau kini dikenali sebagai
Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby. Persekitaran yang indah pada waktu petang
menjadi tarikan para pelajar untuk berjogging dan berjalan-jalan sambil menghirup
udara yang segar. Sejak dulu lagi aktiviti kayak sangat terkenal dan diadakan
pada setiap petang untuk memberi peluang kepada para pelajar UUM untuk
pengalaman berkayak. Malah, Kelab Kenu UUM menyediakan pelbagai aktiviti dan
latihan bagi pelajar yang berminat untuk belaajr berkayak. Tasik Sime Darby turut
menjadi daya tarikan kepada orang luar yang mengunjungi UUM sempena “DISCOVER
UUM 2016”.
Pelbagai
program telah dijalankan di tasik ini seperti “ROUND THE LAKE WITH KAYAK” yang
diadakan pada 25 Mei 2017. Program ini diadakan oleh Jabatan Bendahari dengan
kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) yang diketuai
oleh Pn. Mazidah Samsuddin. Selain itu, program “MENGAIL SAMBIL SHOPPING” telah
diadakan oleh Jabatan Bendahari pada 24 September 2016.
No comments:
Post a Comment