'Hidden Lake' merupakan sebuah tasik
semulajadi yang wujud di dalam kawasan universiti. Tasik ini diberi nama
'Hidden lake' disebabkan oleh kedudukannya yang tersembunyi daripada orang
awam. Tasik ini juga terletak di tengah-tengah hutan Sintok dan terlindung
dengan bukit-bukau. Tasik semulajadi atau tasik buatan kebiasaannya dijumpai di
kawasan tanah landai dan berhampiran dengan anak sungai. Namun, lain pula bagi
'Hidden Lake'. Tasik ini terletak di atas bukit dan jauh daripada anak sungai
atau sumber air. Airnya yang jernih dan bersih ditambah pula dengan pemandangan
kayu-kayan yang telah mati menambahkan lagi keunikan tasik ini.
Tasik ini suatu masa dahulu tidak berapa
dikenali oleh masyarakat setempat bahkan warga UUM sendiri majoritinya tidak sedar
akan kewujudannya. Namun, semenjak tahun 2016, tasik ini telah mula menjadi
tumpuan orang ramai dan jumlah pengunjung yang berkunjung ke tasik tersebut
semkain meningkat setiap tahun.
No comments:
Post a Comment