TAMAN BURUNG UNTA
UUM kini menjadi tarikan pelajar
dan orang awam untuk melihat keindahan flora dan fauna. UUM mempunyai fenomena
semula jadi yang cantik dan indah. Keindahan flora dan fauna di UUM bukan
sahaja dapat menceriakan kawasan kampus, malah dapat menarik minat pelajar
untuk mengambil gambar di sekeliling kawasan kampus yang penuh dengan pelbagai
jenis flora dan fauna.
Burung unta merupakan salah satu
spesies burung yang terbesar di dunia ini dengan mempunyai ketinggian setinggi
2.5 meter. Burung unta juga mempunyai leher yang panjang. Walaupun burung unta
merupakan spesies burung tetapi ia merupakan burung yang tidak dapat terbang.
Jangka hayat untuk burung unta adalah 40 tahun. Burung unta adalah haiwan yang
berdarah panas dan seluruh badannya diselubungi dengan bulu. Bulu burung unta
selalunya digunakan sebagai hiasan untuk topi wanita dan topeng muka. Burung
unta juga merupakan spesies burung yang dapat ditunggang oleh manusia. Burung
unta adalah burung yang menghasilkan telur dan saiz telurnya adalah telur yang
terbesar dalam kalangan spesies burung. Setiap kali, burung unta akan
melahirkan kira-kira 15 hingga 20 biji sekali. Kulit telur burung unta juga
digunakan untuk menghasilkan kraftangan dan hiasan. Daging burung unta juga dimakan
oleh manusia. Daging burung unta disukai orang ramai kerana rasa dagingnya yang
tidak berlemak. Minyak burung unta juga dapat dihasilkan dengan menggunakan
pati lemak burung unta dan minyak zaiton dan diproseskan melalui cara teknologi
tertentu. Minyak burung unta adalah minyak yang mengandungi pelbagai omega dan
juga mudah diserap.
Terdapat enam ekor
Burung Unta di Taman Burung Unta UUM. Burung Unta merupakan burung
terbesar di dunia yang masih hidup. Dengan ketinggiannya sehingga 2.5 meter
(lapan kaki). Burung Unta digunakan oleh sebahagian orang Afrika
Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan
termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit
(Palaeognaths). Tiada bayaran masuk dikenakan untuk
memasuki ladang unta UUM. Burung unta yang tinggal dalam UUM baru berusia dua
tahun hingga enam tahun dan mereka merupakan binatang daging baka Burung unta
adalah burung yang dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu cuaca dengan pantas
walaupun bersuhu tinggi. Kini, burung unta juga dapat ditemui di Universiti
Utara Malaysia. Ladang burung unta terletak berhampiran Dewan Penginapan
Pelajar MAS. Pengunjung boleh melawat ke ladang burung unta dengan mengikut
jalan Dewan Penginapan Pelajar MAS dan berjalan kaki untuk mengunjungi ke
ladang burung unta. Pada November 2013, terdapat enam ekor burung unta, iaitu
dua jantan burung unta dan empat ekor betina burung unta. Pada peringkat
awal,pembukaan ladang burung unta UUM burung unta yang tinggal dalam UUM
merupakan burung unta yang berusia 2 hingga 6 tahun. Makanan yang dimakan
mereka termasuklah pellet bram dan rumput. Taman Burung Unta ini wujud
sejak tahun 2013, November dan dikawal selia oleh Unit Park & Recreation
UUM.
No comments:
Post a Comment