Wednesday, November 6, 2019

GO-KART UUM


GO-KART UUM
Universiti Utara Malaysia atau lebih dikenali dengan nama UUM merupakan universiti yang pertama di dunia yang mempunyai litar Go-Kart sendiri pada tahun 2006. Litar Go-Kart di UUM dikatakan bertaraf dunia kerana pembinaannya yang unik dan menarik dan ianya merupakan litar keempat yang dibina melawan arah jam di dunia. Selain itu, litar Go-Kart UUM turut mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Automobil Malaysia (FIA) kerana mencapai tahap keselamatan yang ditetapkan oleh FIA. Pelbagai pertandingan sama ada peringkat tempatan dan antarabangsa telah dianjurkan di litar ini.
Litar Go-Kart ini dirasmikan oleh bekas Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi. Menurut beliau litar ini juga disediakan paddock iaitu tempat menyimpan go-kart, bilik perubatan dan bilik teknikal yang dilengkapi peralatan canggih dan moden setanding dengan litar Go-Kart antarabangsa. Panjang litar Go Kart ini melebihi 1 kilometer dan pembinaanya di atas tapak yang mempunyai keluasan 2.4 hektar. Litar ini mula dibina pada tahun 2004 kemudian siap dibina sepenuhnya pada tahun 2006.
Litar Go-Kart ini beroperasi pada setiap hari ahad hingga khamis sahaja dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Litar Go-Kart ini akan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu. Bagi pelajar yang mempunyai kelapangan masa dan ingin melepaskan stres, mahsiswa dan mahasiswi di UUM boleh datang ke litar Go-Kart ini dengan caj bayaran sebanyak RM 5 untuk lima pusingan dan caj bayaran sebanyak RM 30 untuk 5 pusingan juga dikenakan bagi orang luar yang berminat untuk melibatkan diri dalam sukan lasak ini. Bagi anda yang buat pertama kalinya mencuba sukan lasak ini yang tidak tahu untuk mengendalikan kereta Go-Kart, anda tidak perlu risau kerana akan ada staf yang bertugas yang akan memberi tunjuk ajar kepada anda berkaitan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa memandu kereta Go-Kart, cara pemanduan kereta Go-Kart dan sebagainya.
Amatlah berbaloi bagi sesiapa yang ingin menceburi sukan lasak ini untuk datang bermain Go-Kart di UUM kerana harga yang ditawarkan begitu murah sekali dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di litar Go-Kart di tempat lain. Contohnya litar Go-Kart yang terdapat di Langkawi yang menawarkan harga sebanyak RM 50 bagi rakyat Malaysia dan hanya bole bermain selama 10 minit sahaja. Jadi tunggu apa lagi datanglah ke UUM untuk mengambil pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk bermain sukan lasak ini iaitu Go-Kart.





No comments:

Post a Comment