Wednesday, November 6, 2019

PUSAT EKUIN UUM



PUSAT EKUIN UUM

Pusat Ekuin UUM telah mula beroperasi sejak tahun 2008 dan dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar mulai Ogos 2014. Untuk memastikan peningkatan prestasi operasi Pusat Ekuin UUM, UUM telah melantik tiga orang jurulatih profesional yang berkelayakan bagi mengendalikan aktiviti berkuda. Selain itu, Pusat Ekuin juga memiliki 2 buah kereta kuda bagi aktiviti rekreasi di sekitar kampus dan juga untuk pakej-pakej aktiviti luar. UUM mempunyai 3 jenis baka kuda yang terdapat di sini iaitu Thoroughbred, Polo dan Pony. Pusat Ekuin juga dilengkapi 10 ekor kuda yang terdiri daripada 3 baka tersebut dan mempunyai nama mereka yang tersendiri. Antaranya ialah, Tiger Isabella, Prince, Speedy, Alang, Time Forus, Young Jemmy, Pinarello Dmaria, Juan Pablo, Martina dan Romeo.
Antara kemudahan yang disediakan disini adalah surau, tandas awam, arena dan barang-barang berkuda. Program-program seperti sunnah berkuda, kemahiran asas penjagaan kuda.kelas menunggang kuda dan kursus memanah berkuda dapat dijalankan disini. Kadar bayaran bagi kelas asas menunggang kuda adalah sebanyak RM200 bagi pelajar. Bagi kakitangan UUM pula akan dikenakan sebanyak RM400 manakala bagi orang awam pula adalah sebanyak RMM500. Kelas asas menunggang kuda adalah sebanyak lapan sesi dan setiap sesi adalah selama 1 jam.
Salah satu aktiviti yang dijalankan di sini adalah sesi ‘Out Ride’ dan sering dijalankan apabila menerima tempahan. Pengunjung dapat menunggang kuda hingga ke Hutan Sintok atau Bukit Kachi. Kadar bayaran bagi sesi ‘Out Ride’ adalah sebanyak RM 70 bagi seekor kuda. Selain daripada itu, turut dijalankan juga sesi bergambar bersama kuda. Sesi ini dibuka pada setiap hari kepada para pengatin atau sesiapa sahaja yang ingin bergambar bersama kuda. Sesi ini dikenakan bayaran sebanyak RM 100 bagi satu jam. Sesi ‘Joy Ride’ pula dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi manakala pada waktu petang pula dari pukul 3.30 hingga 6,30 petang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5 satu pusingan. Jom mengisi masa lapang anda di Pusat Ekuin UUM.

No comments:

Post a Comment